Kombos #Kombos #Lotud #nasipulut #masakansabah

Kombos #Kombos #Lotud #nasipulut #masakansabah

596 Просмотров

Video ni Kali Saya masak "KOMBOS". Pencuci mulut daripada suku kaum Lotud. Kombos Lotud ini tidak sama dengan Kombos daripada Kota Belud ok. Kombos Kota Belud adalah nasi tapai manis yang dibungkus menggunakan daun keladi. Manakala Kombos Lotud pula adalah nasi pulut yang dimasak menggunakan air kelapa muda dan dicampur dengan isi kelapa.

Versi Kombos Ropuhan di Tanak Wagu ini berlainan sikit daripada resepi asal Kombos Lotud. Disini Saya kukus beras pulut didalam tempurung kelapa pandan. Sebab Saya mau aroma kelapa pandan yang wangi itu meresap didalam nasi pulut yang dikukus

Resepi asal Kombos, beras pulut dimasak menggunakan periuk Nasi. Macam masak Nasi biasa saja.

Kombos memang dimasak menggunakan air kelapa muda(guna air kelapa muda yang manis sahaja, jangan guna air kelapa muda yang asam manis atau air biasa)

Selepas Nasi masak. Isi kelapa yang sudah dicampur dengan gula putih sama gula melaka/brown sugar sikit(dalam video Saya tidak letak gula melaka) dan sedikit garam disatukan dengan nasi pulut yang masih panas-panas. Supaya gula, garam dan minyak/krim daripada isi kelapa dapat diserap oleh Nasi.

Kombos sedap dimakan masa panas-panas ataupun sejuk.

Nota: guna kelapa muda yang isinya tebal sikit. Supaya Ada mau di gigit-gigit. Dalam video, kelapa yang Saya guna terlampau muda.

P/s: sorry voice over Saya bikin panas sikit 🤭

#kombos
#lotud
#ropuhanditanakwagu

Тэги:

#Education
Ссылки и html тэги не поддерживаются


Комментарии: